anti-dap

Thursday, April 5, 2012

ISU KEKURANGAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)

KENYATAAN AKHBAR YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN, YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA MENGENAI ISU KEKURANGAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)

Jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC sebagaimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri adalah bukti Kerajaan benar-benar komited dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut dengan segera dan efektif.

Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin, langkah-langkah sistematik, dasar yang seragam dan berterusan telah dan sedang pun diambil untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC.

Oleh itu saya berharap masyarakat Cina menyambut baik langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah diumumkan oleh jawatankuasa tersebut pada 20 Mac lalu kerana sekolah rendah jenis kebangsaan tidak pernah diasingkan daripada sistem pendidikan negara kita.

Langkah yang diambil ini juga bukan kerana tekanan yang dibuat oleh mana-mana pihak dan kesimpulan bahawa Kerajaan telah mengambil langkah tersebut hanya setelah tekanan dibuat oleh pihak-pihak tertentu adalah tidak benar.

Isu ini perlu diperjelaskan agar gambaran sebenar dapat diberikan untuk menangkis dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan dan KPM. Dalam usaha memastikan proses pembelajaran dan pengajaran SJKC di seluruh Negara berjalan lancar setiap tahun KPM telah berusaha bersungguh-sungguh mengisi kekosongan guru-guru di SJKC.

Pada tahun 2009 terdapat kekurangan guru seramai 4,991, pada tahun berikutnya jumlah ini telah dikurangkan kepada 3,043, pada tahun 2011 jumlahnya menurun kepada 2,720 dan akirnya pada tahun ini kekurangan guru di SJKC adalah hanya seramai 1,874.

Daripada jumlah ini, KPM telah melantik sejumlah 1,482 guru interim untuk mengisi kekosongan tersebut. Baki kekurangan di SJKC hanyalah tinggal 392 orang yang mana Guru Besar SJKC diberi kebenaran mencadangkan calon guru interim untuk dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

KPM telah memperuntukkan sejumlah 38,047 jawatan guru bagi SJKC. Sehingga 31 Januari 2012 seramai 36,173 guru terlatih telah ditempatkan di semua sekolah SJKC. Sebanyak RM1.8 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi-operasi mengurus di SJKC di seluruh negara.

Pada masa ini terdapat 1,294 buah SJKC di seluruh negara. Dari 1,294 sekolah, sebanyak 455 adalah sekolah kurang murid (kurang 150 murid).

Saya menyeru kepada semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu-isu pendidikan Cina dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti dan kemajuan pendidikan di semua sekolah, sama ada sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan dengan tujuan menambah daya saing kita bagi menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.

Jawatankuasa khas yang diketuai YB Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan pendidik Cina dan pemegang amanah lain untuk menangani masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina. Ini telah menghasilkan pelan lapan perkara yang telah dipersetujui oleh kerajaan.

Jawatankuasa ini telah empat kali bermesyuarat dengan pihak yang berkepentingan dan telah menerima segala input yang diberikan oleh semua pihak.

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada: 5 Mac 2012 bersama-sama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Bahagian Pendidikan Guru(BPG), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP), Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian(BPSH), Persatuan Guru Besar SJKC 8 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC , Dong zhong, Jiao Zhong, HuaZhong, dan National Union of the Teaching Profession (NUTP) 16 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC, JiaoZhong, HuaZhong, dan NUTP ( DongZhong- tidak hadir) 23 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC, JiaoZhong, HuaZhong, dan NUTP ( DongZhong- tidak hadir) 2 April 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC , JiaoZhong, HuaZhong, NUTP dan DongZhong

Untuk memastikan keputusan Jawatankuasa itu dilaksanakan sepertimana yang dipersetujui, satu mesyuarat penyelarasan tindakan Susulan Jawatankuasa Khas Menangani Guru SJKC telah diadakan pada 27 Mac 2012 bersama-sama BPPDP, BPG, IPM, NUTP, dan BPSH (sebagai urusetia).

Untuk permasalahan kekosongan jawatan guru di SJKC
Bagi mengatasi masalah kekurangan guru, sebanyak 1,482 guru interim telah pun diagihkan kepada semua negeri, manakala baki 392 guru interim dibenarkan dilantik pada 1 April 2012 lalu.

Guru-guru interim ini akan berkhidmat sehingga pengisian oleh guru terlatih dapat dilaksanakan sepenuhnya dan tertakluk kepada kekosongan sebenar berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan diluluskan.

Pada 27 Mac 2012, KPM telah mengeluarkan surat perlanjutan perkhidmatan guru-guru interim di SJKC. Bagi melaksanakan agenda tersebut, pihak guru besar SJKC boleh mencalonkan guru-guru yang memenuhi syarat dan pelantikan akan dilakukan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Untuk permasalahan guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa Tentang permasalahan guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa, Lembaga Pengelola SJKC berpendapat tindakan memindahkan 100 guru tersebut adalah wajar kerana guru-guru tersebut tidak boleh bertutur dan menulis menggunakan bahasa itu.

Pada mereka persoalannya adalah bagaimanakah guru-guru ini dapat berinteraksi dengan murid-murid pemulihan yang sudah tersedia lemah.

KPM telah membuat penyemakan terperinci di atas dakwaan lebih kurang 100 orang guru pemulihan tiada kelayakan bahasa Cina dan mendapati ada dalam kalangan guru-guru ini mempunyai kredit dalam Bahasa Cina.

Seramai tujuh orang guru didapati mempunyai kelayakan Bahasa Cina iaitu 2 orang di Melaka (SJKC Chabau dan SJKC Pay Hsien, 2 orang di Sarawak (SJKC Chung Hua, Sibuti dan SJKC Chun Hua Serian), seorang di Selangor (SJKC Hin Hua) dan 2 orang di Johor (SJKC Sengkang, Kulaijaya dan SJKC Ban Foo)

Oleh itu, KPM menetapkan guru-guru yang mempunyai kelayakan bahasa Cina akan terus kekal di sekolah tersebut sementara guru-guru lain akan ditempatkan semula ke sekolah kebangsaan mulai 16 April 2012 sebagaimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kekurangan Guru SJKC pada 2 April 2012.

Untuk permasalahan guru-guru opsyen kajian sosial yang tidak berkelayakan BC

Seramai 17 orang guru Kajian Sosial dengan minor Bahasa Melayu telah ditempatkan di daerah Klang, Selangor.

Semakan dibuat oleh KPM mendapati seorang daripada mereka mempunyai kelayakan Bahasa Cina dan akan dikekalkan di sekolah sedia ada (SJK(C) Chung Hua). Sementara itu, 16 orang guru ini akan dipindahkan ke sekolah Kebangsaan. Seorang guru Kajian Sosial yang ditempatkan di Melaka telah diganti dengan seorang guru pengajian Cina (SJKC Chabau) manakala seorang lagi guru di SJK(C) Chung Hwa, Subis. Semua guru ini akan dipindahkan berkuatkuasa pada 16 April 2012.

Untuk permasalahan kelayakan dwibahasa guru opsyen Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Tahap 1 di SJKC Gred A dan B akan diajar oleh guru yang berkelayakan mengajar Bahasa Cina sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia .

Bagi Sekolah Kurang Murid pula , bagi tahap 1 dan 2 bagi pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan diajar oleh guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina sekurang-kurangnya peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Inisiatif Jangka panjang bagi menangani kekurangan guru SJKC
BPG dan IPGM sedang merangka Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) untuk guru-guru bukan opsyen BM/BI dan mengajar mata pelajaran selain Bahasa Cina lebih dari 5 tahun. Kursus ini dijangka bermula selewat-lewatnya akhir tahun ini, supaya tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kerajaan telah mengemukakan perancangan mengikut keperluan di SJKC dan mekanisme untuk melatih bukan sahaja guru-guru yang terlatih di dalam Bahasa Cina tetapi juga penambahan pensyarah-pensyarah Pengajian Cina.

Buat masa ini terdapat 72 pensyarah Pengajian Cina di IPG seluruh Malaysia . KPM telah bersetuju untuk mengambil 30 lagi pensyarah Pengajian Cina bagi mempertingkatkan kapasiti latihan guru.

Permohonan untuk menjadi pensyarah di IPG, termasuk jawatan pensyarah Pengajian Cina telah dilaksanakan mulai 13 Mac hingga 30 Mac 2012. Pada ketika ini pihak urusetia di IPGM KPM sedang memproses permohonan dan pengambilan akan dibuat pada 1 Jun 2012.

Pengambilan pensyarah dilaksanakan secara berterusan. Iklan untuk pengambilan pensyarah ini telah pun ditutup pada 30 Mac yang lalu.

Sebagai langkah penambahan guru terlatih di SJKC, KPM juga telah menyemak dengan SPP dan mendapati dalam kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam yang telah ditemuduga, terdapat seramai 105 orang yang mempunyai kelayakan BC di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu, KPM telah bersetuju akan melantik mereka untuk berkhidmat di SJKC dalam tempoh yang terdekat.

Langkah-langkah yang diambil ini jelas menunjukkan keikhlasan kerajaan dalam menyelesaikan isu yang dianggap berlarutan oleh masyarakat Cina.

Walaubagaimanapun, saya telah mengarahkan supaya Jawatankuasa ini terus mengadakan sesi perbincangan dan maklumbalas serta mengumpul input dengan kesemua pihak yang berkepentingan dan melihat semua pandangan yang diutarakan dengan mengambil kira semua aspek dan mencari jalan penyelesaian jika ada isu-isu lain yang diketengahkan.

Saturday, December 10, 2011

RFID illegal logging detector on trial run

The Forestry Depart­ment is currently testing a device that uses German technology to detect illegal logging activities.

Forestry Department of Peninsular Malaysia director-general Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Rahim said the device, which uses radio frequency identification (RFID), is being used on a trial basis.

“We are currently testing the technology in Negri Sembilan and if everything goes well, will use it to thwart illegal logging and encroachment into forest re­­serves,” he told The Star after opening the 16th Forestry Confe­rence at a hotel here yesterday.

Dr Abdul Rahman said technologies like RFID were vital in forestry management because of European Union regulations for the production of logs and wood products.

The European Union, he said, wanted countries that export wood products to guarantee the trees used to make those products were harvested legally and in an environmentally sustainable manner.

The European Union also wants control and monitoring processes to be transparent. “Once those controls and processes are in place, the Government will be able to issue export licences that meet EU standards and combat illegal logging,” he said.

The conference, themed “Forest for Community Livelihood”, was opened by Malacca’s Rural De­­velopment and Agriculture committee chairman Datuk R. Peru­mal.

M’sia maintains 56.4% of land area as forest

Malaysia is still able to maintain 56.4 percent of its total land area as forested land, Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Douglas Uggah Embas said on Monday.

He described it as an encouraging achievement because many countries were not able to do so as their forest areas had been opened for development.

This success is very significant because Malaysia is still a developing country where development and forest land-use change for other purposes still happens, he said in his speech at the opening of the 16th Malaysian Forestry Conference here.

The text of the speech was read by Deputy Natural Resources and Environment Minister Tan Sri Joseph Kurup.

Uggah said the most important challenge in today's forest management was to balance the competition and various land use for forestry activities.

He said that the forest was not just a producer of a product, but also to produce clean air and water, as well as to absorb carbon dioxide and the greenhouse effect.

Meanwhile, Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, in his speech when opening the conference, said Malacca had gazetted 5,327 hectares of forested land or 3.2 percent of the state's total land area as permanent forest reserves.

"This effort is made on the commitment by the state government to maintain a permanent forest area to provide a clean environment and for the preservation of the biodiversity for the people's well-being" he said.

The speech was read by the State Rural Development and Agriculture Committee Chairman Datuk R. Perumal.

He said the state government would continue with its tree planting effort, adding that a total of 17,250 trees had been planted since 2005. - Bernama

Saturday, September 17, 2011

Credit BN for law reforms, says Najib

No one else should take credit for the law reforms mooted by Barisan Nasional which saw the repeal of the Internal Security Act (ISA) and the three Emergency Declarations when both the Dewan Negara and Dewan Rakyat have their next sitting, Datuk Seri Najib Razak said.

He also announced that the government will do away with annual printing and publishing permits with permits that can be cancelled if regulations are flouted.

He said that the law reforms would put Malaysia on the right track to becoming a more open and progressive democracy while ensuring harmony.

The prime minister said the decision to scrap the ISA was part of his promise to amend the controversial law when he took office in 2009.

“These are not the fruits of their struggle. This was a decision made by the Barisan Nasional government because we listened to Malaysians who want this change.”

Wednesday, September 14, 2011

Forest law enforcement to curb illegal logging

Flying Squad in Forestry Department Peninsular Malaysia is the forest law enforcement unit that plays a vital role in curbing illegal logging.

Under the law, all forest produce are the property of the State Authorities and only those with permission are allowed to enter and extract the forest produce.

Datuk Razani Ujang, Director General Of Forestry Department Peninsular M'sia

Forests are under the responsibility of the states as enshrined in the Malaysian Federal Constitution. Under
Article 74(12) of the Federal Constitution, land and forest ownership and management is the responsibility of the State governments.

The executive authority of the Federal Government only extends to the provision of advice and technical assistance to the States, training and the conduct of research, unless the State agrees to delegate some of their authority to the Federal Government.

However, the Federal Government is responsible for trade policies, import and export controls and international cooperation among others. The Enforcement Unit at the Forestry Department Peninsular Malaysia coordinates and supports the enforcement actions undertaken by the Forest Operations Division at the State Forest Departments of Peninsular Malaysia only.

Zahari Ibrahim, Director of Flying Squad

The challenge of sustainability management of production forests faces highly complex processes. It is interesting to note that Forestry Department has taken various measures in to curb illegal logging.

Let’s see what Datuk Razani Ujang, Director General of Forestry Department Peninsular Malaysia and Zahari Ibrahim, head of Flying Squad say about the modus operandi on Corporate Illegal Logging and the issues to the Star, the biggest circulation newspaper in Malaysia…

Read the full article below:

http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=%2F2011%2F7%2F18%2Fmstar_kolum_khabarnya%2F20110718101827&sec=mstar_kolum_khabarnya

http://mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=%2F2011%2F7%2F19%2Fmstar_mingguan%2F20110719112155&sec=mstar_mingguan

Monday, September 12, 2011

Illegal logging

The issue of illegal logging has become a hot topic as the awareness of the environmental issues not only gains its momentum but become social agenda.

Datuk Razani Bujang, Director General of Forestry Dept. Peninsular M'sia

Illegal logging is the harvest, transportation, purchase or sale of timber in violation of laws. It is a pervasive problem, causing enormous damage to forests, local communities and to the economies of producer countries.

The activities contribute to deforestation and by extension global warming causes loss of biodiversity and undermines the rule of law. These illegal activities undermine responsible forest management, encourage corruption and tax evasion and reduce the income of the producer countries, further limiting the resources that can be invested in sustainable development.

Illegal logging not only destroys the country’s unique rainforests, but also causes a series of environmental problems including flooding. The seriousness and negative impact of the economic and social implications for the poor and disadvantaged shouldn’t be overlooked.

Many Malaysians might not be aware that the forest that they are so used to is actually complex ecosystems that are filled with an assortment of plant life and wildlife.

Malaysia has been blessed with an abundance of rainforests. Many forested areas in Malaysia have been designated as National Parks and forest reserves. Malaysia’s efforts in preserving its rainforests are not in vain.

Malaysia has always done its best in the fight against illegal logging, which not only destroys the country’s unique rainforests, but also causes a series of environmental problems, including flooding.

It is interesting to note that Forestry Department has taken various measures to overcome the problems. Let see what the Director General of Forestry Department Peninsular Malaysia said....

Read the full article below:

http://mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2011/7/19/mstar_mingguan/20110719113620&sec=mstar_mingguan

Saturday, September 10, 2011

PM wants review Prepaid tax

Prime Minister Najib Abdul Razak said the government has nothing to do with the telecommunication companies' decision to pass the burden of the six percent service tax on mobile phone prepaid reloads to the customer.

He said the move was decided entirely by the telecommunication companies, and should be reviewed so as to not burden the rakyat.

"The Finance Ministry did not approve it. It was done by the telecommunication companies themselves," he said in Kuala Lumpur.

The premier added that he has received much feedback on the matter and feels that a review of the decision is needed especially as the rakyat is now facing increasingly lean times.

“I have received information and feedback from the people at large and find that the decision is unpopular.

“So I hope it can be reviewed to reduce the burden of the rakyat who are now facing hikes in food prices,” he said.

Yesterday, telecommunications companies announced that it will now charge consumers the six percent tax it had previously been footing.

The opposition has hit out at the Najib administration, saying that it is proof of its uncaring stance.