anti-dap

Thursday, July 12, 2012

Prof. Dr. Hj Abdul Rahman: Sijil Perhutanan diiktirafd oleh JPA


Dato’ Prof. Dr. Hj Abdul Rahman berkata, FORTRAIN merupakan satu-satunya Pusat Latihan Perhutanan di Semenanjung Malaysia yang menawarkan Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.

 Dato’ Prof. Dr. Hj Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (kiri)

Kedua-dua Kursus Sijil Perhutanan ini juga telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia pada 21 April 2003 yang mana telah mengiktiraf Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan bagi maksud perlantikan ke dalam Perkhidmatan Awambagi mengisi jawatan-jawatan kosong Renjer Hutan dan Pengawas Hutan di Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.
 
Menurut Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan melibatkan 2 tahun (4 semester) dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan melibatkan 1 tahun (2 semester). Kriteria pemilihan adalah termasuk juga calon yang sedang berkhidmat dan mempunyai kelayakan berkenaan.


”Bagaimanapun, bagi pengambilan terus ianya melibatkan calon-calon berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan  Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).  Lain-lain kriteria adalah seperti calon-calon mempunyai kepakaran tertentu adalah bonus kepada sesuatu permohonan.” 

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2010-2012 dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2011-2012 Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, JPSM, Kepong hari ini.

 

 

Katanya, kerjaya lulusan Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Pengawas Hutan tidaklah  hanya tertumpu kepada Jabatan Perhutanan semata-mata malah telah diperluas kepada bidang-bidang dan lain seperti,  eko-pelancongan,  landskap, kompleks perkayuan, dan industri berasas keluaran hutan dan dan juga agensi lain seperti PERHILITAN.

 

Beberapa orang lepasan daripada FORTRAIN telah pun membina kerjaya masing-masing di beberapa agensi kerajaan dan swasta. Sehubungan itu, adalah menjadi hasrat JPSM untuk terus meningkatkan mutu kemahiran dan ilmu pengetahuan setiap pelatihnya bagi memenuhi juga pelbagai kehendak agensi-agensi lain,  terutamanya yang berkepentingan dengan pembangunan sektor perhutanan negara.

 

Menurut beliau, di FORTRAIN, semua pelatih-pelatih berkesempatan didedahkan kepada kandungan kursus perhutanan yang digubal selaras dengan Wawasan dan Misi JPSM iaitu untuk mencapai tahap kemahiran mengurus dan membangunkan khazanah hutan secara berkekalan yang tinggi serta membantu mengoptimumkan sumbangan khazanah hutan kepada pembangunan sosio-ekonomi Negara Malaysia. 

 

Menurut Dato’ Prof. Dr. Hj Abdul Rahman, pendedahan sebegini rupa adalah diharapkan dapat melahirkan pelatih-pelatih RH dan PH yang berilmu dan berkemahiran tinggi serta sekaligus beupaya memantapkan lagi usaha-usaha JPSM untuk mencapai lapan (8) objektif-objektif berikut : 

 

i.    untuk mengurus sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar;

 

ii.   untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan;

 

iii.  untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan;

 

iv.  untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian biologi hutan, air serta tanah, dan penggunaannya secara berkekalan;

 

v.   untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi;

 

vi.  untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan;

 

vii. untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat; dan

 

viii. untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.

 

”Di sepanjang tempoh pengajian di FORTRAIN, semua pelatih-pelatih juga diberi pendedahan kepada kepentingan penekanan ilmu perhutanan yang mencakupi konsep pengurusan ”Kepelbagaigunaan Hutan (Multiple uses of Forest) di bawah perlaksanaan amalan SFM.” 

”Dalam hal ini,  sumber hutan dikelaskan kepada 12 ”Kelas Kegunaan Hutan (Forest Functional Classes)”,  sepertimana Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984, ia itu hutan pengeluaran kayu di bawah perolehan berkekalan; hutan perlindungan tanah; hutan tebus-guna tanah; hutan kawalan banjir; hutan tadahan air; hutan perlindungan hidupan liar; hutan simpanan hutan dara; hutan lipur; hutan pelajaran; hutan penyelidikan; hutan bagi maksud-maksud persekutuan dan hutan taman negeri.”

Menurut beliau, untuk melengkapkan kecemerlangan FORTRAIN sebagai Pusat Latihan ini, pada masa kini, Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pegawas Hutan yang dikeluarkan oleh FORTRAIN telah mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Pencapaian yang memberangsangkan ini telah membolehkan seramai lima (5) orang lepasan Sijil Perhutanan Renjer Hutan yang akan menerima sijil pada hari ini telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Perhutanan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebelum ini juga beberapa pelatih lepasan dari FORTRAIN telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan sehingga kini memegang jawatan tinggi di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

”Sehingga kini,  sambutan permohonan kemasukan untuk mengikuti kursus sijil di FORTRAIN adalah amat sengit. Pada tahun ini sahaja, sebanyak 1,150  permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan telah diterima. Namun begitu hanya 10 peratus daripada permohonan ini sahaja dipilih berdasarkan kapasiti keupayan semasa FOTRAIN. Ini menunjukkan bahawa sambutan untuk mengikuti kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Pengawas Hutan sangat menggalakkan.”

”Sehubungan dengan itu, JPSM berhasrat untuk meningkatkan bilangan kemasukan ke FORTRAIN pada masa akan datang sekurang-kurangnya ke tahap sekali ganda iaitu seramai 240 orang pelatih berbanding dengan bilangan kemasukan sekarang.”

”Perkara ini akan dipanjangkan untuk mendapat pertimbangan pihak Kerajaan dalam membantu menyalurkan peruntukan untuk membina prasarana tambahan dan meningkatkan jumlah bilangan tenaga pengajar yang lebih berkaliber agar memenuhi keperluan semasa seiring dengan pelbagai perkembangan baru isu-isu perhutanan serta peningkatan kehendak terhadap kepentingan pengurusan dan pembangunan khazanah hutan kepada kesejahteraan kehidupan masyarakat.”

Beliau berkata, tenaga pengajar di FORTRAIN sehingga kini adalah terdiri dari mereka-mereka yang berkaliber serta terlatih dalam bidang perhutanan seperti Dendrologi, Anatomi Kayu, Pengusahasilan Hutan, Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dan bukan bidang perhutanan seperti Pengurusan Maklumat, Penulisan Laporan, Ikhtiar Hidup dan Kemahiran Kendiri.  

”Natijahnya ialah lepasan dari FORTRAIN bukan sahaja terlatih sebagai Rimbawan semata-mata tetapi seorang yang berintegriti, berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan memiliki nilai-nilai murni.  Ini lah persiapan-persiapan penting yang telah didedahkan oleh FORTRAIN kepada semua pelatih-pelatih kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.” 

Friday, July 6, 2012

Another New RM500m loan fund for selected Bumi firms


Another new RM500 million loan facilities that offers up to 100 per cent financing has been created for Bumiputera companies identified as having high potential, said Putrajaya’s Teraju unit today.

The loan facility will be offered by SME Bank to qualified firms identified by the Bumiputera development agency under its Teras programme partly, with the aim of encouraging more businesses run by members of the community to apply.

The profit rate for working capital loans is five per cent; this will be tied to the base lending rate for asset loans.

Prompt repayment will earn a rebate of one per cent on loans for working capital.

“The loan scheme is customized for Teras companies,” said Teraju CEO Husni Salleh.

He said that many banks were asking for as much as one-to-one financing, whereby a loan would have to be backed by an equivalent in fixed deposits.

Teraju granted RM50 million in risk capital to SME Bank to help mitigate the perils of setting up the new loan facility. The amount was sourced from Teraju’s development budget.

There are currently 130 Teras companies and Teraju aims to increase the number to 1,100 in three years. Teras companies are chosen based on their financial standing and growth potential.

Teraju also said that the existing RM2 billion facilitation funds has been made more flexible as a percentage of it has been carved out for smaller projects.

The minimum threshold previously for projects to apply for the facilitation fund was RM20 million but, based on feedback from the various implementing agencies in the country’s economic corridors, some RM600 million has been reserved for projects with a minimum size of RM5 million.

Teraju also announced a new programme to increase the number of Bumiputera accountants by placing degree holders from any discipline with CGPA of at least 3.0 to one of five participating major accounting firms for exposure and potential employment.

Monday, June 25, 2012

首相纳吉促请华社无须在意狂人外来者论


首相纳吉促请华社,不要因为被人称为外来者就觉得受到冒犯,因为这些言论只是来自一小撮狂人,并非政府与国阵的立场。

他在马来亚大学出席八大华青主办的首相与华青对话时,受到一名出席者询问,如何对付那些发表外来者论的人。

不过,首相并没阐明将以什么行动对付有关人士,只是撇清政府与这些人的关系。

我希望,我们不会因为一两个类似的言论就受到伤害。在每个社群,总是会有一或两个人的头脑不是很清醒。

Saturday, June 23, 2012

Najib: Only BN can provide a future full of hope for the people


Datuk Seri Najib Razak pledged the Barisan Nasional’s (BN) unconditional support for the rural community in Kuala Langat, saying that unlike PR his administration would not make any empty promises.

Najib : Only BN can provide a future full of hope for the people 

“The opposition has three bad qualities. They have never fulfilled their promises, it is all political promises.

“They do not value a good deed, they also do not feel the need to pay their debts,” the prime minister told a 5,000-strong crowd June 23 in Kuala Langat.

“If we die without paying out debts, our souls will be tortured (in the afterlife),” said Najib, ostensibly referring to PR’s stand on student loans under the National Higher Education Fund (PTPTN).

“That is why the opposition cannot be relied upon and only Barisan Nasional can provide a future full of hope for the people of Selangor,” he added.