anti-dap

Sunday, July 29, 2012

Najib announces RM43.2m ‘Duit Raya’ for Felda settlers


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today announced “duit raya” totalling RM43.2 million for all Felda settlers.

Najib said the money was in appreciation of their contributions to the development of Felda (Federal Land Development Authority) and to help them with their Hari Raya preparations.

He said the awarding of the “duit raya” was divided into two categories, namely settlers with Felda and settlers who were not with Felda.

“A total 103,597 settlers, or 91.9 per cent, who are with Felda will receive RM400 each and this involves an allocation of RM41.4 million.

“A total 9,038 settlers, or 8.02 per cent, who are not with Felda will receive RM200 each involving RM1.8 million,” he said.

The contribution of “duit raya” to the settlers has been implemented since 2003. The amount this year is higher by RM0.6 million or 1.39 per cent compared to RM42.6 million last year.

“All our promises will be kept...just as the teachings of Islam call for. Although Felda has been listed (on Bursa Malaysia), all aid we have given prior to the listing will be continued. So we will still give ‘duit raya’ to the settlers,” he said.

Friday, July 27, 2012

Tun V.T. Sambanthan


Saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.

Thursday, July 26, 2012

Tun Tan Siew Sin


"In return for the generosity of the Malays, MCA and MIC agreed to continue the policy of preserving and respecting the special position of the Malays and at the same time safeguard the legitimate interests of other''.
 
30 April 1969

 Tun Tan Siew Sin
 President of the Malayan Chinese Association (MCA, later Malaysian Chinese Association)- from November 1961 to April 1974
 

Thursday, July 12, 2012

Douglas Uggah Embas: Jabatan perhutanan perlu bersikap proaktif dan bersedia dengan tindakan-tindakan pre-emptive


Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata, Jabatan perhutanan perlu bersikap proaktif dan bersedia dengan tindakan-tindakan pre-emptive bagi menjayakan program-program bagi memastikan komitmen negara ini terpelihara.
 
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2010-2012 dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2011-2012 Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, JPSM, Kepong hari ini. Teks ucapannya dibaca oleh Dato’ Dr Mohd. Ali B. Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli).

 Dato’ Dr Mohd. Ali B. Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli)

Menurut Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Dewasa kini, isu-isu perhutanan dan alam sekitar menjadi tumpuan di media masa dan di forum-forum peringkat nasional dan antarabangsa. Isu-isu seperti perubahan iklim, kebakaran hutan, pencemaran udara dan sungai sering kali dikaitkan dengan hutan.

“Ini menunjukkan bahawa bidang perhutanan memainkan peranan yang penting bukan sahaja dari aspek kepentingan ekonomi, malah turut menjadi nadi kepada kehidupan sosial masyarakat dan kepentingan kepada alam sekitar. Tanggapan sesetengah pihak bahawa perhutanan adalah berkaitan dengan pengusahasilan kayu sahaja adalah tidak tepat kerana ianya menjangkaui lebih daripada itu.”


“Cabaran-cabaran baru serta desakan globalisasi kini menuntut kita untuk menguasai ilmu- ilmu pengetahuan baru yang berkonsepkan “look beyond the tree”.

Menurut beliau, pemeliharaan dan pengurusan hutan penting bagi menangani isu-isu global ini. Usaha ini memerlukan kita memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah Negara dilitupi hutan  dan pokok-pokok  seperti komitmen Malaysia yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992 dan komitmen untuk mengurangkan intensiti karbon sehingga 40% menjelang tahun 2020 semasa Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen pada tahun 2010. 


“Selain itu, pembangunan ekonomi negara juga tidak seharusnya terlalu bergantung kepada hasil pengeluaran dari hutan asli. Jabatan perhutanan perlu mencari inisiatif untuk meneroka peluang-peluang baru bagi menjana pertumbuhan ekonomi daripada sumber-sumber hutan yang lain seperti tumbuh-tumbuhan ubatan dan herba dan eko-pelancongan.”


Penjanaan sumber kekayaan baru dari hutan melalui pendekatan yang lebih mesra alam akan memberi perlindungan berganda kepada usaha-usaha melindungi biodiversiti negara.”
Beliau berkata, cabaran utama membangunkan modal insan ialah menyediakan latihan yang mampu mentransformasikan minda yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi bagi lepasan sijil perhutanan agar selari dengan hala tuju dasar negara. Perubahan minda yang ingin diterapkan sewajarnya menggalakkan pemikiran yang selari dengan aspirasi negara bagi menghasilkan nilai tambah dalam tugasan dan berkeupayaan menyediakan lepasan sijil yang mampu membudayakan nilai-nilai murni perkhidmatan awam amnya dan di Jabatan-jabatan Perhutanan khasnya.

“Saya juga difahamkan bahawa para pelatih telah dididik untuk melaksanakan pelbagai kerja dalam satu masa (multi-tasking), selain menyemai sikap bertanggungjawab dan cintakan alam sekitar bodiversiti hutan. Proses latihan yang dikendalikan oleh JPSM ini bukan sekadar untuk mendapat kelulusan tetapi bertujuan untuk mempersiapkan para pelatih sekalian agar sentiasa berilmu, berkemahiran, berintegriti dan berwawasan dalam apa jua bidang pekerjaan yang bakal diceburi di luar kelak.”


Kata beliau, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sentiasa mengambil berat dan menyokong usaha-usaha jabatan agensi di bawahnya dalam melaksanakan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan termasuklah pembangunan sumber manusia dan modal insan.

“ Saya difahamkan bahawa JPSM melalui Program Kerjasama ASEAN-Republik Korea telah menyedia dan menambahbaik dasar latihan sumber manusia, kurikulum latihan dan latihan bermatriks yang komprehensif merangkumi semua peringkat selaras dengan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Semoga dasar latihan yang disediakan ini dapat memantap dan meningkatkan kepakaran dan kompetensi di kalangan warga jabatan.”

Menurut beliau, di majlis yang penuh bermakna ini, saya ingin menyeru setiap pelatih agar tidak mensia-siakan ilmu pengetahuan, kebolehan dan bakat yang telah diperolehi sepanjang tempoh berkursus di sini. Ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada perlulah diaplikasikan dengan rasa penuh tanggungjawab, berdisiplin dan berdedikasi bagi menghasilkan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkualiti tinggi.

“Saya suka menyarankan kepada semua pelatih supaya menanamkan sikap ingin terus maju, seperti kata-kata Albert Einstein: “Intellectual growth should commence at birth and cease only at death” atau dalam bahasa Malaysia pembelajaran bermula sejak dari lahir sehingga mati.  Oleh yang demikian, amalkan segala ilmu yang telah dipelajari dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Ingatlah bahawa saudara-saudari sekalian menggalas peranan penting dan merupakan barisan hadapan yang diamanahkan bagi memelihara dan menjaga khazanah hutan negara yang amat tinggi nilainya.”

Prof. Dr. Hj Abdul Rahman: Sijil Perhutanan diiktirafd oleh JPA


Dato’ Prof. Dr. Hj Abdul Rahman berkata, FORTRAIN merupakan satu-satunya Pusat Latihan Perhutanan di Semenanjung Malaysia yang menawarkan Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.

 Dato’ Prof. Dr. Hj Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (kiri)

Kedua-dua Kursus Sijil Perhutanan ini juga telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia pada 21 April 2003 yang mana telah mengiktiraf Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan bagi maksud perlantikan ke dalam Perkhidmatan Awambagi mengisi jawatan-jawatan kosong Renjer Hutan dan Pengawas Hutan di Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.
 
Menurut Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan melibatkan 2 tahun (4 semester) dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan melibatkan 1 tahun (2 semester). Kriteria pemilihan adalah termasuk juga calon yang sedang berkhidmat dan mempunyai kelayakan berkenaan.


”Bagaimanapun, bagi pengambilan terus ianya melibatkan calon-calon berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan  Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).  Lain-lain kriteria adalah seperti calon-calon mempunyai kepakaran tertentu adalah bonus kepada sesuatu permohonan.” 

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2010-2012 dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2011-2012 Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, JPSM, Kepong hari ini.

 

 

Katanya, kerjaya lulusan Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Pengawas Hutan tidaklah  hanya tertumpu kepada Jabatan Perhutanan semata-mata malah telah diperluas kepada bidang-bidang dan lain seperti,  eko-pelancongan,  landskap, kompleks perkayuan, dan industri berasas keluaran hutan dan dan juga agensi lain seperti PERHILITAN.

 

Beberapa orang lepasan daripada FORTRAIN telah pun membina kerjaya masing-masing di beberapa agensi kerajaan dan swasta. Sehubungan itu, adalah menjadi hasrat JPSM untuk terus meningkatkan mutu kemahiran dan ilmu pengetahuan setiap pelatihnya bagi memenuhi juga pelbagai kehendak agensi-agensi lain,  terutamanya yang berkepentingan dengan pembangunan sektor perhutanan negara.

 

Menurut beliau, di FORTRAIN, semua pelatih-pelatih berkesempatan didedahkan kepada kandungan kursus perhutanan yang digubal selaras dengan Wawasan dan Misi JPSM iaitu untuk mencapai tahap kemahiran mengurus dan membangunkan khazanah hutan secara berkekalan yang tinggi serta membantu mengoptimumkan sumbangan khazanah hutan kepada pembangunan sosio-ekonomi Negara Malaysia. 

 

Menurut Dato’ Prof. Dr. Hj Abdul Rahman, pendedahan sebegini rupa adalah diharapkan dapat melahirkan pelatih-pelatih RH dan PH yang berilmu dan berkemahiran tinggi serta sekaligus beupaya memantapkan lagi usaha-usaha JPSM untuk mencapai lapan (8) objektif-objektif berikut : 

 

i.    untuk mengurus sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar;

 

ii.   untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan;

 

iii.  untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan;

 

iv.  untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian biologi hutan, air serta tanah, dan penggunaannya secara berkekalan;

 

v.   untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi;

 

vi.  untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan;

 

vii. untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat; dan

 

viii. untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.

 

”Di sepanjang tempoh pengajian di FORTRAIN, semua pelatih-pelatih juga diberi pendedahan kepada kepentingan penekanan ilmu perhutanan yang mencakupi konsep pengurusan ”Kepelbagaigunaan Hutan (Multiple uses of Forest) di bawah perlaksanaan amalan SFM.” 

”Dalam hal ini,  sumber hutan dikelaskan kepada 12 ”Kelas Kegunaan Hutan (Forest Functional Classes)”,  sepertimana Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984, ia itu hutan pengeluaran kayu di bawah perolehan berkekalan; hutan perlindungan tanah; hutan tebus-guna tanah; hutan kawalan banjir; hutan tadahan air; hutan perlindungan hidupan liar; hutan simpanan hutan dara; hutan lipur; hutan pelajaran; hutan penyelidikan; hutan bagi maksud-maksud persekutuan dan hutan taman negeri.”

Menurut beliau, untuk melengkapkan kecemerlangan FORTRAIN sebagai Pusat Latihan ini, pada masa kini, Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pegawas Hutan yang dikeluarkan oleh FORTRAIN telah mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Pencapaian yang memberangsangkan ini telah membolehkan seramai lima (5) orang lepasan Sijil Perhutanan Renjer Hutan yang akan menerima sijil pada hari ini telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Perhutanan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebelum ini juga beberapa pelatih lepasan dari FORTRAIN telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan sehingga kini memegang jawatan tinggi di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

”Sehingga kini,  sambutan permohonan kemasukan untuk mengikuti kursus sijil di FORTRAIN adalah amat sengit. Pada tahun ini sahaja, sebanyak 1,150  permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan telah diterima. Namun begitu hanya 10 peratus daripada permohonan ini sahaja dipilih berdasarkan kapasiti keupayan semasa FOTRAIN. Ini menunjukkan bahawa sambutan untuk mengikuti kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Pengawas Hutan sangat menggalakkan.”

”Sehubungan dengan itu, JPSM berhasrat untuk meningkatkan bilangan kemasukan ke FORTRAIN pada masa akan datang sekurang-kurangnya ke tahap sekali ganda iaitu seramai 240 orang pelatih berbanding dengan bilangan kemasukan sekarang.”

”Perkara ini akan dipanjangkan untuk mendapat pertimbangan pihak Kerajaan dalam membantu menyalurkan peruntukan untuk membina prasarana tambahan dan meningkatkan jumlah bilangan tenaga pengajar yang lebih berkaliber agar memenuhi keperluan semasa seiring dengan pelbagai perkembangan baru isu-isu perhutanan serta peningkatan kehendak terhadap kepentingan pengurusan dan pembangunan khazanah hutan kepada kesejahteraan kehidupan masyarakat.”

Beliau berkata, tenaga pengajar di FORTRAIN sehingga kini adalah terdiri dari mereka-mereka yang berkaliber serta terlatih dalam bidang perhutanan seperti Dendrologi, Anatomi Kayu, Pengusahasilan Hutan, Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dan bukan bidang perhutanan seperti Pengurusan Maklumat, Penulisan Laporan, Ikhtiar Hidup dan Kemahiran Kendiri.  

”Natijahnya ialah lepasan dari FORTRAIN bukan sahaja terlatih sebagai Rimbawan semata-mata tetapi seorang yang berintegriti, berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan memiliki nilai-nilai murni.  Ini lah persiapan-persiapan penting yang telah didedahkan oleh FORTRAIN kepada semua pelatih-pelatih kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan.” 

Friday, July 6, 2012

Another New RM500m loan fund for selected Bumi firms


Another new RM500 million loan facilities that offers up to 100 per cent financing has been created for Bumiputera companies identified as having high potential, said Putrajaya’s Teraju unit today.

The loan facility will be offered by SME Bank to qualified firms identified by the Bumiputera development agency under its Teras programme partly, with the aim of encouraging more businesses run by members of the community to apply.

The profit rate for working capital loans is five per cent; this will be tied to the base lending rate for asset loans.

Prompt repayment will earn a rebate of one per cent on loans for working capital.

“The loan scheme is customized for Teras companies,” said Teraju CEO Husni Salleh.

He said that many banks were asking for as much as one-to-one financing, whereby a loan would have to be backed by an equivalent in fixed deposits.

Teraju granted RM50 million in risk capital to SME Bank to help mitigate the perils of setting up the new loan facility. The amount was sourced from Teraju’s development budget.

There are currently 130 Teras companies and Teraju aims to increase the number to 1,100 in three years. Teras companies are chosen based on their financial standing and growth potential.

Teraju also said that the existing RM2 billion facilitation funds has been made more flexible as a percentage of it has been carved out for smaller projects.

The minimum threshold previously for projects to apply for the facilitation fund was RM20 million but, based on feedback from the various implementing agencies in the country’s economic corridors, some RM600 million has been reserved for projects with a minimum size of RM5 million.

Teraju also announced a new programme to increase the number of Bumiputera accountants by placing degree holders from any discipline with CGPA of at least 3.0 to one of five participating major accounting firms for exposure and potential employment.